PENGALAMAN INTERN

Hai, assalamualaikum kepada semua yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca blog ini. 
So harini saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya sepanjang hampir 3 bulan membuat latihan industri atau bahasa orang putih nya, intern di Forezki Creative atau orang Gerik panggil kedai ini 'kedai banner 3 jam'. Sebelum ni ada je yang dah buat cerita pasal internship experience tapi tak salah kan kalau saya buat lagi hehe.

Sebelum itu, saya kenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Anis, pelajar dari Kolej Komuniti Gerik. Saya ambil jurusan Sijil Teknologi Maklumat atau nama famous nya, IT. So dalam kolej, saya belajar banyak tentang IT, saya belajar codding, multimedia, buat website, buat sistem menggunakan Access dan Excel, JAVA,IOT dan banyak lagi lah.

So basically, Forezki Creative ni banyak fokus kat design. Semua produk yang dijual di sini memerlukan design. Waktu saya belajar di kolej, saya ada je belajar buat design tapi hanya basic sahaja. Gambar pon curi pakcik Google haha...letak ayat sikit pastu siap lah. Itu pon kami pakai Adobe Photoshop tapi tak lebih mendalam lagi lah. Apa yang saya lihat di kedai ini, design pakai Corel Draw dan saya tak tau pulak yang perisian tersebut wujud hehe..maybe saya tak mendalami soal design.

Antara tugas-tugas saya di sini ialah :
- bina sistem untuk job order, baucer gaji, quotation, resit dan invoice menggunakan perisian Access.
- handling social media kedai seperti Facebook dan Instagram, kena update story dan post content baru untuk menarik minat pelanggan.
- handling blog
- gunting sticker
- membuat finishing pipe untuk banting
- potong banner


keje finishing pipe untuk banting 
keje memotong sticker
Apa yang saya boleh katakan mula-mula memang kerja saya banyak kene hadap PC tapi bila masuk bulan kedua dan ketiga ini, saya kena banyak bekerja menggunakan tangan. Tapi mula-mula tu memang lah banyak kesilapan, biasa lah orang baru nak belajar tapi dengan segala tunjuk ajar boss saya dan pekerja-pekerja di kedai ini, alhamdulillah saya boleh buat kerja dengan mudah. 

So conclusion nya, sepanjang saya intern di sini, saya dah belajar banyak perkara. Walaupon keje-keje di sini lari sedikit dari apa yang saya belajar di kolej tapi saya bole buat dengan ada bantuan dari orang-orang sekeliling terutama nya boss saya iaitu Encik Khairul Hafizi atau kami panggil cik pizi.

Apa yang saya boleh pesan kepada yang korang nak intern nanti, pastikan korang bersedia 100%. Pastikan korang bertanya kalau tak faham dan jangan sesekali tinggalkan bad impression kepada majikan korang. Ok lah itu sahaja daripada saya..thanks lagi sekali sebab sudi baca citer saya yang tak seberapa ini huhu. Apa-apa pon good luck untuk semua yang tengah intern atau pon yang bakal intern nanti !






5 TIPS UNTUK MENGEMBANGKAN 
PRINTING BUSINESS


1) BINA RANGKAIAN
     -Mempunyai rangkaian yang kukuh adalah penting untuk memastikan kejayaan perniagaan anda. Ini kerana ia dapat membantu anda mengembangkan perniagaan anda. Industri percetakan adalah industri yang sangat kompetitif. Anda perlu menonjol di pasaran. Satu perkara yang boleh anda lakukan ialah melibatkan diri dalam komunti dengan berhubung dengan orang lain dalam industri yang sama dengan menghadiri forum atau memaparkan produk percetakan anda dalam sesuatu acara. Anda boleh melakukannya dengan menaja acara yang boleh menonjolkan jenama produk anda.

2) MENGEKALKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN PELANGGAN

    -"Pelanggan sentiasa betul"

Pelanggan adalah sebahagian daripada perniagaan anda. Ada kalanya mereka boleh menjadi tidak munasabah tetapi lakukan lah yang terbaik untuk mereka. Dengan segala cara, cuba untuk memenuhi keperluan anda sebaik mungkin. Berikan perhatian dan memenuhi keperluan mereka dengan membantu, layan lah mereka dengan mesra dan sopan. Anda mungkin tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan seperti yang diminta oleh pelanggan tetapi melalui perkhidmatan pelanggan yang baik, ia akan membawa perniagaan anda ke jalan yang betul sebagai perniagaan yang berguna.  

3) GUNAKAN PEMASARAN MEDIA SOSIAL

    -Pemasaran media sosial adalah alat yang berkuasa untuk mendapatkan petunjuk dan mendapatkan lebih ramai pelanggan.Penggunaan Facebook dan Instagram akan membantu anda mengekalkan dan mewujudkan reputasi perniagaan anda.Apa yang anda boleh lakukan ialah membuat halaman perniagaan dengan kandungan yang mencerminkan tujuan perniagaan anda.

4) PROMOSI / TAWARAN

    -Dengan mengadakan promosi,ini akan membantu perniagaan anda berkembang .Ini juga akan memastikan perniagaan percetakan anda berjalan dengan lancar.Tetapi jangan terlalu memabanjiri pelanggan anda dengan terlalu banyak tawaran atau promosi.Ini akan membuatkan perniagaan terlihat seperti terdesak.

5) PENAMBAHBAIKAN PERNIAGAAN

   -Apa yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda? Apa yang membuat anda istimewa dan boleh berjaya dipasaran? Anda perlu memikirkan cara untuk menambahbaikan perniagaan percetakan anda .Anda mempunyai beberapa kelemahan tetapi itu penghalang untuk anda berjaya.Perbaiki kelemahan itu dan ubahnya menjadi kekuatan anda .Tumpukan kepada apa yang membuatkan perniagaan anda lebih menonjol daripada yang lain dan meningkatkan kemahiran anda dalam industri percetakan. 
APA ITU CORELDRAW & APAKAH FUNGSINYA ?


Corel Draw adalah perisian yang direka khusus untuk tujuan mengedit imej vektor, perisian ini dikeluarkan pada Januari 1989 oleh sebuah syarikat pembangunan aplikasi di Ottawa - Kanada yang dipanggil Corel.Pada tahun 1987 Corel merancang untuk membuat aplikasi reka bentuk vektor yang akan diedarkan untuk sistem operasi Windows dan Mac. OS. Kemudian Corel menyewa dua pengaturcara bernama Michel Bouillon dan Pat Beirne untuk mengerjakan perisian tersebut, dan pada tahun 1989 memperkenalkan perisian reka bentuk grafik yang dibuat oleh Corel Draw Corel.

Fungsi Coreldraw

1) Buat logo dan simbol
  • Coreldraw digunakan secara meluas oleh pereka profesional untuk tujuan membuat logo dan simbol, dengan menggunakan perisian Corel Draw, rakan komputer dengan mudah akan membuat logo dan simbol yang biasanya menggunakan objek simetri atau asimetri

2) Membuat kad jemputan
  • Bagi rakan-rakan komputer yang ingin membuat reka bentuk kad jemputan mereka sendiri, Corel Draw dapat membantu anda membuat reka bentuk mengikut idea dan idea anda. Corel Draw menyediakan ciri yang boleh anda gunakan untuk membuat jemputan dengan cepat, selain itu anda juga boleh menambah senarai nama yang dimaksudkan untuk siapa yang anda jemput melalui ciri pangkalan data.

3) Buat Cover Buku

  • Bagi anda yang ingin membuat buku atau majalah, anda pasti memerlukan perisian yang boleh digunakan secara fleksibel. Corel Draw adalah pilihan yang tepat untuk membantu anda membuat reka bentuk sampul buku atau majalah.
4) Buat Imej Ilustrasi
  • Sebenarnya terdapat banyak perisian reka bentuk grafik yang boleh digunakan untuk membuat Lukisan Ilustrasi, tetapi Corel Draw mempunyai banyak ciri yang boleh anda pilih untuk membuat gambar ilustrasi menggunakan komputer. Kemudahan penggunaan menjadikannya banyak dipilih oleh pereka profesional.

TERMA & SYARAT




1)Pembayaran deposit 50% wajib dibayar semasa membuat tempahan.

2) Pembayaran tempahan boleh dilakukan secara tunai, Bank transfer, cek atau ATM cash deposit dalam Ringgit Malaysia (RM).

3) Bayaran tambahan akan dikenakan bagi perkhidmatan penghantaran mengikut jarak kedai kami ke tempat penghantaran, bagi jarak 5KM tidak akan dicaj bayaran.

4) Bagi urgent printing, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM20.

5) Produk yang tidak dituntut melebihi setahun akan dianggap batal dan jika deposit sudah dibayar, duit tersebut tidak akan dipulangkan dan dianggap sebagai bayaran design.

6)  Pembatalan dan pembetulan tempahan boleh dilakukan sebelum printing dibuat. Sekiranya printing telah dilakukan, pembatalan dan pembetulan tempahan tidak akan diterima dan jika deposit telah dibayar, kami tidak akan pulangkan dan bayaran tersebut akan dianggap sebagai upah design.

7) Sebarang perubahan design boleh dilakukan sebanyak 3 kali sahaja selepas design pertama siap dan ditunjukkan kepada pelanggan. Selepas perubahan yang ketiga, caj tambahan sebanyak RM15 akan dikenakan bagi setiap perubahan design yang berikutnya.

8) Pihak kami tidak memberikan salinan original artwork kepada pelanggan. Kami hanya menyediakan salinan softcopy dalam format JPEG sahaja.

9) Kami berhak menggunakan design yang telah kami cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web dan media sosial ataupun diguna pakai sebagai contoh jualan.

10) Kami sentiasa berusaha untuk memberikan paparan warna yang tepat atau produk yang ditawarkan di laman. Bagaimanapun, warna sebenar yang anda dapat lihat adalah bergantung kepada skrin anda, kami tidak boleh menjamin skrin paparan anda memaparkan warna yang tepat.

#Forezki 2020💓

  
#Forezki 2020💓
Hari ini dah masuk tahun baru, 2020.Sepanjang 2019, terdapat banyak peristiwa, pencapaian, atau kegagalan yang boleh digunakan sebagai pengajaran.
Dengan pengajaran apa yang dapat pada masa lalu,
berharap kejayaan dan kebahagiaan akan selalu datang kepada semua orang pada masa akan datang.
#Bye2019😭
#Hello2020😇

PROMOSI KALENDAR 2020 !!



#FOREZKI
TEMPAH SEKARANG !!! KALENDAR 2020 💓
WHATSAPP KAMI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN DI 017-4409656 ATAU BOLEH TERUS TEKAN IKON WHATSAPP DI SEBELAH KANAN ANDA 😘

Internship Experience

Assalamualaikum semua,

OK kali ini nak share sikit pengalaman menjalani
latihan praktikal hampir 2 bulan di Forezki
Creative, Gerik, Perak.

So bolehlah pengenalan dulu kot. Aku ni student
dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Student
daripada course Diploma in Science Computer
(CS110). Mostly aku banyak fokus kepada coding.
Kalau membabitkan design banner apa semua ni
memang x pernah la kirenya.

Di Forezki ni, mostly fokus pada
designing. Iaitu design banner, kad kahwin,
banting, Namecard dan lain-lain lagi. Kalau nak
lagi detail tentang service disediakan boleh klik
dekat Service di bahagian kiri halaman utama.

Ok kat sini antara tugas yang perlu aku buat..

-Create a website
-Handling social media
-Potong + Finishing Banner dan Banting
-Installing software
-Design Banner, Banting
-Handle Customer

So selama menjalani internship ni, awalnya agak
kurang professional la kerja aku. Tapi sekarang
ni bagi aku alhamdulillah la no problem. Dulu
potong banner @ banting pun belok-blok, sekarang
dh boleh go la. Finishing pun dh okey. Tambahan
lagi dari x reti buat design banner @ banting,
tapi sekarang pun on la gitu.

Apa yang aku telah belajar kat sini..

-Cara nak potong @ finishing banner @ banting
-Improve soft skill
-Designing
-Cara handle printing machine yang digunakan untuk
print banner @ banting dan sebagainya
-Cara handle software yang digunakan untuk
menggerakkan machine tersebut.
-Pengalaman sebenar bekerja

Ni serba sedikit tugasan yang diperkenalkan kepada aku..

Cuba menggunakan software yang digunakan untuk print banner @ banting

tugasan memotong banner @ banting


tugasan memotong mcm adik beradik Namecard la kirenya

Tugasan menampal sticker


Selama yang aku belajar kat sini, walaupun ada
yang tidak kena mengena dengan course aku. On je
buat keje-keje tu. Aku tahu tu semua skill yang perlu
aku ada bila masuk alam pekerjaan yang sebenar nanti.

Nak fokuskan kat sini bagi sesiapa yang bakal
menjalani latihan praktikal. Bila dapat je
tugasan walaupun tugasan yang diluar skop apa
yang telah kita belajar, cuba la buat. X rugi pun
sebab kita akan dapat belajar skill dan
pengetahuan baru

Ok ni sedikit tips dari aku..

1. Pastikan firstday kita tnjukkan good impression.
2. Jangan malu jangan segan, tnya je ap yang x faham.
3. Sentiasa prepare buku dan pen, bila sv cakap apa-apa, catat je so bila lupa dh ada catatan dan boleh tanya semula.
4. Rajin kan diri tugasan kita dah siap tanya la ap lagi yang boleh kita bantu.