TERMA & SYARAT




1)Pembayaran deposit 50% wajib dibayar semasa membuat tempahan.

2) Pembayaran tempahan boleh dilakukan secara tunai, Bank transfer, cek atau ATM cash deposit dalam Ringgit Malaysia (RM).

3) Bayaran tambahan akan dikenakan bagi perkhidmatan penghantaran mengikut jarak kedai kami ke tempat penghantaran, bagi jarak 5KM tidak akan dicaj bayaran.

4) Bagi urgent printing, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM20.

5) Produk yang tidak dituntut melebihi setahun akan dianggap batal dan jika deposit sudah dibayar, duit tersebut tidak akan dipulangkan dan dianggap sebagai bayaran design.

6)  Pembatalan dan pembetulan tempahan boleh dilakukan sebelum printing dibuat. Sekiranya printing telah dilakukan, pembatalan dan pembetulan tempahan tidak akan diterima dan jika deposit telah dibayar, kami tidak akan pulangkan dan bayaran tersebut akan dianggap sebagai upah design.

7) Sebarang perubahan design boleh dilakukan sebanyak 3 kali sahaja selepas design pertama siap dan ditunjukkan kepada pelanggan. Selepas perubahan yang ketiga, caj tambahan sebanyak RM15 akan dikenakan bagi setiap perubahan design yang berikutnya.

8) Pihak kami tidak memberikan salinan original artwork kepada pelanggan. Kami hanya menyediakan salinan softcopy dalam format JPEG sahaja.

9) Kami berhak menggunakan design yang telah kami cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web dan media sosial ataupun diguna pakai sebagai contoh jualan.

10) Kami sentiasa berusaha untuk memberikan paparan warna yang tepat atau produk yang ditawarkan di laman. Bagaimanapun, warna sebenar yang anda dapat lihat adalah bergantung kepada skrin anda, kami tidak boleh menjamin skrin paparan anda memaparkan warna yang tepat.

No comments:

Post a Comment