Apakah kegunaan photoshop dalam graphic design ?

Photoshop? Apa kegunaan sebenarnya? Boleh ke edit semua benda dengan hanya guna photoshop?

Nak tahu? Ok teruskan scroll untuk tahu lebih lanjut mengenai photoshop 😁😁.




Tentang Photoshop


Dengar pasal photoshop pun kita dah boleh faham ia berkait rapat dengan photo (gambar).

Tapi gambar bukan bermakna untuk semua jenis gambar ye.

Photoshop ni fokusnya pada Raster Image (bitmap).

Nak tahu pasal Raster image ke ? Ok lepas ni saya terangkan. Sabar ye 😉.

Selalunya photoshop ni digunakan untuk 3 perkara:
  • Creating
  • Editing
  • Retouching  

Contohnya :


  1. Photographer menggunakannya untuk adjust dan edit gambar supaya texture dan warna gambar menjadi lebih cantik. 
  2. Production Designer gunakan photoshop kerana mempunyai feature mengurangkan lebar serta kecilkan saiz file untuk jadikan ia web ready digital image.
  3. Fine artis gunakan nya untuk lukis, sketch dan paint secara digital.

Ok next sedikit selingan mengenai raster image yang mungkin ramai tengah tertanya-tanya tu.

 

Raster Image (Bitmap) ?


Raster image atau nama lain bitmap adalah gambar yang terhasil daripada susunan grid pixel (titik warna).


 

“There are three responses to a piece of design – yes, no, and WOW! Wow is the one to aim for.”
By MILTON GLASER.

Sedikit kata-kata bagi bangkitkan semangat sesiapa yang tengah praktis nk improve skill dalam graphic design. 💥💪😎 .

5 Sebab untuk menggunakan photoshop:

 

  1.  Retouch photo - iaitu membetulkan dan mencantikkan gambar.
  2. Edit artwork - untuk periksa line, shadow dan texture dalam keadaan yang betul.
  3. Website or app mockup - layer boleh diubah dengan mudah, menggunakan pixel-based editing program supaya boleh tahu tentang saiz dengan detail.
  4. Digital image for web - iklan digital, gambar untuk social media dan lain-lain dapat disiarkan dengan lebih pantas di laman web.
  5. Animation dan Video - photoshop juga mempunya feature untuk mengedit simple video serta menambah graphic, filter, animation, dan lain-lain lagi.


Photoshop tidak sesuai digunakan ?


Jika ingin membuat reka bentuk untuk logo, Photoshop bukan bermaksud tidak boleh cuma not recommended.

Sebab apa pula tidak sesuai?

Logo tidak sesuai direka menggunakan photoshop disebabkan 2 benda:

  1. Logo perlu dibuat dalam bentuk Vektor Image.
  2. Logo perlu sentiasa resizeable supaya senang untuk diletakkan dimana-mana.
Kali ni Vektor Image pula, apa tu ? Saya akan terangkan selepas ini ye. 😆
Ok satu lagi yang tak recommended untuk buat guna photoshop ni bila design membabitkan quantity text yang bnyk.

sebab?

Photoshop kan menggunakan konsep layer.

Bila makin banyak text ni, jadinya makin banyak la layer yang nak kena handle.

Agak pening sikit la bila nak susun ditambahkan lagi dengan gambar yang banyak kalau ada.

kirenya bila dah banyak sangat layer ni, pening jugak la kita nak handlenya.

Apa itu Vektoer Image ?


Vektor image ni gabungan titik, garis dengan bentuk.

Daripada gabungan tu terbentuk la logo yang selalu kita nampak dekat produk-produk pasaran.

Vektor image boleh dikecilkan dan dibesarkan saiz tanpa merosakkan kualitinya.
 Gambar ni tunjukkan kualiti vector image yang kecil setelah dibesarkan saiznya.

Adobe illustrator adalah salah satu software yang recommended untuk membuat vector image.

Kerana ? 

Kita tunggu posting seterusnya 😋

1 comment: